Thursday, May 27, 2010

Our Efforts in Melaka...Greening Malaysia One State at A Time...

The Chief Minister touched on local content as essence of sustainable development in Melaka

We were in Melaka yesterday presenting to the Alor Gajah Council and ultimately to the State Government of Melaka and the whole people on Melaka what's green is all about. What strikes me was the vision of the CM. He summed up what we had in mine during his opening speech to the delegates. My hats to you CM. Indeed you are singing the tune of 1Malaysia and a friend of Sustainable Development....




English Source: NST
Bahasa Malay Source: Source : BERITA HARIAN

Rembia-Melaka Pindah kawasan pembangunan teknologi hijau


2010/05/28
MELAKA: Kerajaan Melaka bakal mewartakan tanah seluas 7,246.43 hektar di kawasan Rembia-Melaka Pindah di daerah Alor Gajah, dekat sini sebagai kawasan pembangunan teknologi hijau pertama di negara ini dan terbesar di dunia.


Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Blok Perancangan Rembia 4 itu akan dinamakan sebagai Lembah Solar Melaka iaitu kawasan yang khusus dimajukan bagi menempatkan pelabur dalam bidang pengeluaran bahan tenaga suria sama ada dari dalam atau luar negara.
Katanya, langkah itu diambil selepas mendapat maklumat balas positif daripada pemilik kilang solar pertama di negeri ini iaitu Sunpower dari Amerika Syarikat yang berminat memperluaskan operasinya di Taman Perindustrian Zarina di sini, menerusi pelaburan tambahan sebanyak RM2 bilion.
“Kerajaan Melaka bersetuju membesarkan lagi kawasan Taman Perindustrian Zarina di Rembia sebagai Lembah Solar Melaka membabitkan pembangunan Fasa I dan Fasa II menerusi pembangunan selama 10 tahun,“ katanya selepas mendengar taklimat pendekatan pembangunan Melaka World Solar Valley, di Puteri Resort Ayer Keroh, di sini, semalam.


Taklimat itu disampaikan oleh tiga pakar bidang teknologi hijau iaitu Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (Seri) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kamaruzzaman Sopian; Pengasas Green Earth Design Solution Sdn Bhd, Dr Nurul Muiz Murad dan Farouk Abdul Khalid dari SD Malaysia.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Yunos Husin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Nordin Ali.


Mohd Ali berkata, bagi memastikan hasrat pembangunan itu tercapai, kerajaan negeri mempelawa usahawan tempatan memulakan operasi pengeluaran komponen bahan penjana tenaga suria di kawasan itu bagi menampung keperluan SunPower.
Katanya, syarikat berkenaan dijangka mengeluarkan produk pertamanya September ini selepas melabur lebih RM2 bilion pada pembangunan fasa I.


Beliau berkata, bidang pengeluaran komponen itu perlu diterokai segera oleh pelabur tempatan kerana kerajaan negeri mahu melihat sektor yang menjanjikan pulangan RM177 bilion setahun itu turut dinikmati rakyat tempatan sama ada sebagai pekerja, pengguna dan pengeluar.


"Pengurusan SunPower sendiri mengalukan-alukan kerjasama pengilang komponen tempatan untuk membekalkan panel sel suria yang dihasilkan tanpa perlu mengimportnya daripada firma Filipina.


"Selain itu, ia akan menambah pelaburan RM2 bilion lagi dalam pembangunan fasa II dengan mengambil seramai 1,500 jurutera dan ini menjanjikan peluang ekonomi yang sangat baik kepada rakyat dan pelabur tempatan,” katanya.


Sementara itu, Kamaruzzaman berkata, komitmen dari kerajaan negeri Melaka itu menjanjikan peluang terbaik untuk semua pihak di negara ini menikmati kemudahan tenaga diperbaharui (RE) dengan lebih cekap dalam tempoh 10 tahun akan datang.


"Pelaburan dalam bidang tenaga diperbaharui ini amat luas untuk diterokai. Paling menarik kerajaan turut serius menyokong perkembangan industri ini dengan memperkenalkan dasar baru membolehkan usahawan bebas menjual RE kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada sumber fosil untuk menghasilkan tenaga elektrik,” katanya.

1 comment:

  1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

    ReplyDelete

What say you?